E-MiNDS

My photo
Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia
E-Minds Corp. adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera Islam yang terlibat secara langsung dalam 2 jenis perniagaan.. 1) Perniagaan borong; mengamalkan concept bussines to bussines dengan sesiapa sahaja yg berminat.. 2) Pengurusan Acara;

About Us







E-MINDS CORPORATION SDN. BHD. atau sebelum ini dikenali dengan nama Ansorul-Mujahideen Sdn. Bhd. Diddaftarkan dengan Kementrian Kewangan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia (MeCD) pada 11 April 2005 dengan beralamat di SMU (A) Saniah, Pasir Puteh, Kelantan.

Tujuan asal penubuhannya adalah untuk memcari dana bagi membantu rakyat Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin – Bank Isalm.

Projek pertama yang berjaya menarik perhatian pihak sekolah ialah penjualan t-shirt Maahad Saniah yang mencapai target dan melaksanakan misi utama. Perusahaan diteruskan lagi dengan menambah bilangan sumber manusia dan menerima beberapa tempahan printing daripada persatuan-persatuan rasmi sekolah dan selainnya.

Setelah beberapa tahun, ia terpaksa dibubarkan seketika kerana ahli syarikat yang masing-masing menyambung pelajaran. Walaupun begitu, kerana jiwa ahli yang yang sudah sebati dengan sunnah Rasulullah s.a.w ini, perniagaan diteruskan juga walaupun masing-masing bergerak secara bendirian.

Dengan keizinan Allah, maka terilhamlah oleh kami untuk menjenamakan semula AMSB menjadi E-MINDS CORP SDN. BHD. Sekaligus menjalinkan kerjasama nasional (inter-U) dengan menjadikan EXECUTIVE UIA sebagai model utama.

E-MINDS CORP SDN. BHD. telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan memegang no pendaftaran KT0265404 -W